NAV BAR

HOME TUTORIAL YOUTUBE BUSINESS ABOUT ME

Review Penthouse (season 1)

 Hai semua, aku nak review drama korean yang so far my fovourite drama ever, hee๐Ÿ’—


Tajuk: Penthouse (War In Life)

Penthouse ni menceritakan kisah tentang kehidupan family kaya. well, korang akan amazed dengan kekayaan dorang.

Mereka semua ni tinggal dekat satu kawasan perumahan yang dipanggil Hera Palace yang tinggi nya 100 tingkat guys. Well ketinggian rumah2 depa ni lambang kekayaan sesorang tu. Haa, maksudnya siapa yang tinggal dekat tingkat yang paling atas, memang kaya sgt2 la tu.. hahah

Anak-anak depa ni sekolah dekat sebuah sekolah yang sangat elit Cheong-Arts School. Sekolah ni adalah untuk para artis music/ soparno. Selalunya drama korea ni ada theme yg diketengah kan. Well Penthouse ni fokus on soparno artis, pelaburan, kasih sayang ibu dan anak. gituu

Masa aku tengok first episod, aku dah tak sabar nak tengok episod dua. hahah. Kisah dia bermula dengan satu kematian seorang budak perempuan yang bernama Min Seol A di penthouse ni. Jadi bermula lah pencarian siapa yang bunuh budak perempuan tu.



Shim Su Ryeon


Meh aku cerita beberapa watak dalam cerita ni. First is  Shim Su ryeon. Su ryeon ni adalah isteri kepada pemilik penthouse tu which is Joo Dan tae. Nanti aku cerita pasal Joo Dan Tae. Watak dia seorang yang sangat lembut, sweet je. tapi bila dia dapat tau budak perempuan yang mati tu adalah anak kandung nya, so dia decide untuk cari siapa yang bunuh anaknya. Dia mula syak suami dia mula mula tu. Setiap rahsia terbongkar sepanjang pencarian pembunuh sebenar anak dia tu. 


Oh Yoon Hee


Watak kedua adalah Oh Yoon Hee, which is berlatar belakang kan miskin, dan ada bad blood dengan Cheon Seo Jin. Masa zaman sekolah dulu, Cheon Seo Jin ni mengelar leher Yoon Hee dengan piala sebab perasaan cemburu dia sebab Yoon Hee ni sangat berbakat. Sejak tu Yoon Hee dah tak boleh menyanyi lagi. 


Cheon Soo Jin


Oh Yoon Hee ada seorang anak bernama Bae Roo Na which is ada bakat sama seperti dia. Mulanya Yoon Hee tak suka anaknya ni bernyayi. Sebab dia tak nak sejarah tu akan berulang dekat anaknya ni. Tapi bila dia nampak kesungguhan anaknya ni memang betul-betul nak jadi soprano yang berjaya. Dia ubah fikiran dia dan berjanji akan tunaikan harapan anaknya ni untuk masuk sekolah Cheong Arts School.


Joo Dan Tae

Berbalik pada watak Joo Dan Tae, which is pemilik penthouse ni. Dia adalah seorang pelabur at the same time, dia misteri sikit. Dia yang bunuh bakal suami Shim Su Ryeon. Dia juga rahsiakan siapa sebenarnya anak kandung Shim Su Ryeon ni. Banyak sebenarnya benda yang tak terbongkar lagi dalam season 1 ni, Tapi, apa yang aku boleh simpulkan. Dia adalah watak jahat la, hahaha.


Kisah ni juga melibatkan beberapa lagi keluarga yang tinggal di Hera Palace ni. Setiap keluarga ni ada rahsia sendiri. Tapi dalam season ni tak fokus sangat , mungkin dalam season 2 ada. Tapi all of this parents akan buat segalanya demi anak-anak dorang ni. 


Siapa pembunuh sebenar Min Seol A? haa aku tak nak jadi spoiler la. Sebab its is the main point of this drama. So Korang boleh tengok sendiri ya.











Cara mohon Official Transkrip dan Surat Pengesahan Pelajar (UITM) 2020

Assalamulaikum

Alhamdulilah, hari ni nak buat tutorial cara mohon transkrip dan surat pengesahan pelajar (UITM).

Disebabkan Uitm lambat sikit istiadat konvokesyen nye jadi lambat la kita dapat skrol kan. (i feel u). tak silap hampir setahun juga la tempohnya. Macam diha habis intern (final sem) bulan 6 tahun 2019, konvo bulan 3 tahun 2020. So mestilah nak apply kerja dalam tempoh tu betul tak. So ni cara-cara nya.

1.Klik link dibawah:
https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/


2. Pilih perkhidmatan & muat turun

3.Klik link no.1 di portal tu atau klik terus link ni:

4. Isi maklumat di bawah

5. Dah isi, tekan New Application

6.Isi maklumat korang, pastikan yang ada tanda * korang isi ya. 

7. Untuk bahagian ini crucial sikit:

  • Untuk korang yang nak hantar ke alamat lain selain rumah (contoh ke alamat universiti lain untuk tujuan tertentu) korang boleh isi dekat column University tu. Yang nak pos ke alamat rumah tak payah isi ya. Harga RM15 untuk pos ke alamat universiti lain. RM10 untuk ke alamat rumah.
  • Collection type tu pilih la yang mana korang lebih prefer. For me pos lagi bagus.
  • Purpose: For Job Application atau ikut la korang
  • Lastly scanned salinan IC korang, tak bercop pun tak apa. Diha tak cop pun still approved.
  • SUBMIT

8. Untuk bayaran:
  • Boleh buka Uitm student portal
  • Buka dekat Financial untuk tengok Bil korang
  • Bila dah ada Bil, korang boleh bayar macam korang bayar Yuran tu. 
  • ATM/Online banking hanya boleh melalui Bank Islam sahaja ya. Simpan resit
* System ambil masa jugak untuk update status Unpaid ke Paid. Tapi tak pe je , korang proceed je email terus.

9. Email kan application korang dekat pegawai bertugas. Boleh check dekat sini: Pegawai bertugas

scroll sampai jumpa fakulti korang, jangan salah fakulti pula

10. So email la elok-elok dekat pegawai bertugas tu. Formal ya, Budak Uitm kan heheh. Contoh macam ni:

*Jangan lupa attach borang pengesahan dan bukti pembayaran


Subject: Permohonan Transkrip dan Pengesahan Pelajar

Kepada: Encik Mohd Syafiq bin HasriAssalamulaikum dan salam sejahtera.Saya Nadihaa Binti xxxxx (2016xxxxx), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Forensik Analisis, Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian. Untuk makluman Encik, saya telah menghantar permohonan transkrip secara online di laman web rasmi  https://simsweb.uitm.edu.my  .

Cara tuntutan : Pos           Saya turut kepilkan :            1. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar            2. Slip Pembayaran Bil PelajarTerima kasih.        Nama korang        013-xxxxxx        alamat email korang

11. Done. Apa-apa update, korang boleh check balik kat sini. Macam diha punya, dah otw hantar. So tunggu la dalam masa 5-7 hari lepas application okay.




My Internship life at IPK Kedah

Sebenarnya banyak onak dan duri during and sebelum nak intern ni.

๐Ÿ’ฎPemilihan tempat intern
Sebenarnya UiTM keluar kan kebenaran untuk mohon internship lambat sikit (waktu akhir sem 4). So waktu aku nak mohon Jabatan Kimia, memang dah penuh. Sedih sangat tak ada rezeki. Last minit baru inform dekat sir yang placement dah penuh. So terpaksa la ambil IPK Kedah sebab waktu ni dah buntu dah nak pilih syarikat apa untuk intern. Maklumlah Kedah ni tak banyak tempat and masa dah suntuk untuk aku urus application and etc. Alhamdullilah Bukit Aman terima walaupun sir dah submit application untuk kali kedua sebab IPK Selangor tolak budak-budak selangor. So sir cakap boleh minta IPK lain. IPK Kedah dua orang je, aku and classmate aku.

๐Ÿ’ฎRumah sewa
Walaupun intern dekat Kedah, tapi agak jauh sebab dekat Alorsetar . So mulalah nak cari rumah sewa. Nasib Si Dia membantu and recommend kan satu rumah ni, area Taman Al Walid. Alhamdulillah rumah dia okay sangat and naik moto dalam 15 minit ke IPK Kedah.

๐Ÿ’ฎThe journey

My first day daftar, Sir dah pesan suruh pergi ke pejabat pendaftaran and jangan lewat. Tapi bila dah intern ni baru aku dapat rasa sebenarnya dunia waktu dekat Uni dengan tempat kerja ni lain weh. Sebab aku ni jenis overthinking sikit. Lebih sempoi sebenarnya dekat tempat kerja. And public relation sangat penting kena jaga.

As expected, kalau kes bunuh memang tengah-tengah malam baru ada. So aku and kawan aku ni jenis tak kisah, bila dapat kol malam-malam pun, kami memang on je. Prepare la tudung sarung siap-siap. Haha. Muka mamai pun lantak lah. Memang setengah orang fikir tak perlu pun on malam-malam sebab bukan waktu kerja kan, tapi bagi aku ni lah pengalaman kerja as Forensic yang sebenar.

During internship, sikap kegigihan tu memang ada. Aku and classmate aku ni memang gigih sampai untuk general comment by SV dia tulis no weakness found. Time ni la korang akan rasa puas. And lastly bab elaun pun laju. Sebab seblum tamat praktikal tu aku dah lengkapkan borang and hantar. Seminggu lepas tu, dah dapat mesej RM915 dah masuk dalam acc. Alhamdulillah. 

Memang banyak sangat ilmu masa intern yang aku dapat. Banyakkan lah bertanya jika ada yang tak tahu. And respect others .Ada banyak lagi nak tulis, tapi dah mengantuk sangat. Mungkin aku boleh buat Part 1, Part 2 etc... hahaha.